WANGSA MAJU: Tindakan pantas tiga anggota polis memecahkan pintu satu unit kondominium di Wangsa Maju, di sini, berjaya menyelamatkan dua beranak daripada lemas akibat terhidu asap dalam kebakaran, pada Isnin.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, bapa berusia 31 tahun dan anak perempuannya berusia tiga tahun terperangkap dalam rumah selepas disyaki kotak fius elektrik dalam ruang grill kediaman mereka meletup secara tiba-tiba, sebelum terbakar.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden, Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada isteri mangsa memaklumkan suami dan anaknya terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka yang terletak kira-kira 20 meter dari Balai Polis Wangsa Maju.
"Sebaik menerima maklumat, tiga anggota polis bergegas ke kondominium berkenaan selepas memaklumkan kepada pihak pengurusan tentang kejadian yang berlaku, sebelum mereka naik ke tingkat 19 (kediaman mangsa) selepas mendapati pihak bomba masih dalam perjalanan.
"Anggota polis tersebut terpaksa menaiki tangga ke tingkat 19 kerana sistem bekalan elektrik terputus dan bertindak memecahkan pintu kediaman bagi menyelamatkan dua beranak terbabit," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Ashari berkata, beliau kagum dengan usaha anggotanya yang mengambil tindakan nekad menyelamatkan dua beranak itu.
Sementara itu, salah seorang daripada tiga anggota polis terbabit, Lans Koperal Mohamad Hazieril Hanif Ahmad berkata, sebaik dimaklumkan tentang situasi dua mangsa yang terperangkap, dirinya hanya memikirkan tentang bagaimana hendak membawa mereka keluar dari kediaman yang berkunci.
"Selepas tahu tentang situasi itu bercampur bimbang dengan keadaan kanak-kanak perempuan itu, tanpa berfikir panjang saya dan rakan anggota nekad naik ke tingkat 19 yang sudah diselubungi asap tebal.
"Dalam keadaan yang gelap, kami mencari alat pemadam api dan memecahkan kunci mangga pada grill dan pintu rumah," katanya.
Mohamad Hazieril Hanif berkata, selepas beberapa minit, beliau mendapati dua beranak terbabit yang berada di balkoni, sebelum dibawa keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri melalui tangga kecemasan.
"Ketika hendak turun ke bawah kami sempat memaklumkan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang baharu tiba bahawa mangsa sudah diselamatkan.
Dalam perkembangan sama, pengadu, Anis Farhana Abd Aziz yang juga isteri mangsa mezahirkan ucapan terima kasih kepada tiga anggota polis yang berusaha menyelamatkan nyawa suami dan anaknya tanpa memikirkan keselamatan diri mereka.
"Semasa bergegas pulang ke rumah selepas dihubungi suami tentang kebakaran rumah dan dalam keadaan sepontan saya terus menghubungi Balai Polis Wangsa Maju yang terletak bersebelahan kediaman untuk menyelamatkan mereka.
"Syukur tindakan pantas anggota polis dapat menyelamatkan suami dan anak saya daripada lemas terhidu asap, terima kasih polis," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 19 2024
Mohamad Hazieril Hanif (kiri) bersama rakan sepasukan menyelamatkan dua beranak dalam kebakaran di sebuah unit kondominium, di sini, pada Isnin.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Tindakan nekad polis selamatkan dua beranak dalam kebakaran
Tindakan pantas tiga anggota polis memecahkan pintu satu unit kondominium di Wangsa Maju, di sini, berjaya menyelamatkan dua beranak daripada lemas akibat terhidu asap dalam kebakaran, pada Isnin.
Remaja melecur di kepala kebakaran rumah, tadika di Taman Johor
Seorang remaja lelaki melecur tahap dua pada bahagian kepala dalam kebakaran membabitkan dua rumah teres satu tingkat dan sebuah tadika di Jalan Ledang Taman Johor.
Lelaki melecur dalam kebakaran rumah, kereta di Lekir
Sabarodzi berkata, JBPM Perak menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 3.46 pagi.
Bayi antara lima terselamat rumah penginapan terbakar
Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, dua kanak-kanak berusia tiga tahun, seorang bayi dan dua wanita berusia 30-an terselamat.
Kebakaran: Kanak-kanak tiga tahun selamatkan ahli keluarga
Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun menjadi hero selepas menyelamatkan enam ahli keluarganya yang tidur nyenyak dalam kebakaran sebuah rumah di Bandar Sri Coafields di sini pada pagi Isnin.
Remaja lelaki OKU rentung dalam kebakaran rumah
Polis gesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja Indonesia itu supaya segera melaporkannya.
Empat rumah hangus dijilat api pada malam raya kedua
Empat rumah hangus dijilat api pada malam raya kedua
Warga emas OKU rentung dalam kebakaran rumah
Mangsa, Agus Ebah, 72 tahun, ditemukan 26 minit selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pihak bomba.
Empat beradik maut kebakaran sembunyi dalam tandas cuba selamatkan diri
Empat kanak-kanak yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini malam tadi, dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam bilik air di bahagian dapur rumah mereka.
Empat rumah musnah dalam dua kejadian di Batu Gajah, Parit
Kebakaran di Batu Gajah melibatkan sebuah rumah dengan keluasan 25 X 40 kaki persegi dan sebuah lagi dengan keluasan 30 X 60 kaki persegi.